Showing posts with label Nubis pi hiking. Show all posts
Showing posts with label Nubis pi hiking. Show all posts

Tuesday, 28 May 2019

#17: Merapoh - Kuala Tahan (Day Two)


Okay let's sambung day two. Sebab aku fikir it's a long way to go, and I still need to write a post on my recent Java trip. Hence, here it goes:

Day two.

And maybe I'll selitkan a bit of day 3 in here. Tengok how.

Awal awal before p trip pun dah banyak kali kena warning about how long day two is going to be. So macam, dah prepare mental. Sendiri nak pi kan, hadap jelah.

Route for today adalah:
Kem Kor - Kem Permatang - Kem Kubang - Berlumut - Kem Bonsai - Kem Botak.

Trek harini?
Pacak ja, nak. Nanjak terus, bak kata hikers Indonesia.



Kalau pacak ja takpe, ini extra pewai because tambah selut. And hujan lebat, so, trek hancurrrrrrrr sehancur hatiku.

Pewai layan selut ja, nak. 

One thought dalam kepala: why orang cakap trek Merapoh senang?




Day two dah start main tangga?

Oh maybe because time dorang pi, kemarau. Kut. Entah. It's not easy. Everything about Mount Tahan is not easy.



Aku ingat lagi, masa tu before sampai Bonsai kut, I'm at the edge of breaking down, because aku taktahan dengan selut dia. And there's one time, which aku jatuh, and I couldn't bangun. Dengan beg beg sekali. Ask Anis, bila fikir, yes funny, but sebenarnya aku dh mcm taktahu nak fikir apa masa tu. To prevent breakdown, aku gelak ah berjemaah dengan dorang. Dah gelak, baru dorang tolong angkat. Harey perangai, sebbaek sayang.

Just fikir, kena cepat sampai kem Botak.

Sat aku share short log:
9.21 am - angkat sauh (2.5 km to next checkpoint)
10.27 am - Kem Permatang (3.5 km)
1.57 pm - Kem Kubang (1.5 km)
3.27 pm - Kem Berlumut (5.5 km)
4.55 pm - Kem V (stop for Asar prayer)
Maghrib - Kem takde nama
Isya - Kem Bonzai
10.30 pm - Kem Botak

Kem V tu takde dalam list kem pun, no signboard, kitorang tahu nama dia because gerak dengan one of the guide, abang Atan. Thanks ah sanggup layan pace anak dara dua orang ni. Kitorang berempat, dengan abg Mi sekali.



Okay pasal kem V, tak silap itulah kut last waterpoint, before kem Botak nanti, yang very reachable, senang nak sampai. Pejam mata pun sampai, nak. Senang, bimakna, takyah turun jauh and termakan janji palsu dorang yang always kata waterpoint tu dekat. Zz done emo hahahahahahahaha


Masa ni dah palamasam, "why aku mai sini?"

Oh, harini dah start ot.


Bukan apa, sebenarnya sebab lepas ja hujan lebat tu, pace makin slow sebab sejuk. And quite few times juga kitorang berhenti, siap buka dapur heheheh teh panas dulu satu kali!

SEJUK. GILA.

Subhanallah. Lamanya kitorang lepak tu sampai boleh layan sunset di celah celah pokok on trek between kem V and Bonsai tu, sambil tunggu maghrib. Masa tu dah tak fikir nak tangkap gambor sunset ke apa, sebab sejuk gila level dh duduk dalam plastik sampah. Ye, plastik sampah. Bila aku dh duduk dalam plastik sampah tu maksudnya apa anak anak?

Sejuk. Gila.

Pastu lepas Bonsai, trek dia dah start open, erm, cane eh, macam Berekeh kut? Eh tak? Tabur, ha tabur mebi.

Dan dekat situ pun aku boleh bantai duduk lagi, lepak lu, sebab bila pandang atas, subhanallah, bintang berjuta. How I wish I can record all those?

But no. 

Apa kita nampak takkan sama dengan apa kita capture.

Sebab tu aku suka masuk hutan, mai experience sendiri, and later kau faham why aku beria susahkan diri sampai seminggu dalam hutan. Hehe.

Day two ni panjang, and santai level subhanallah. Berhenti, teh panas satu kali, dah berapa round?

So, sebab tu lah sampai Botak 10.30 malam. And level sejuk Botak, aku tak pernah jumpa anywhere. Masa kitorang sampai tu kitorang memang completely kuyup. One thing to remember, jangan pernah tidur with baju basah.

Nehi. La. No!

Boleh hypo. So sejuk cane pun. P mandi. Or atleast change your clothes. And get yourself a cup of hot tea. It'll help. So lepas mandi, tidoq!



Kem Botak at 2300.


End of day two.

Friday, 17 May 2019

#16 : Merapoh - Kuala Tahan (Day One)



Assalamualaikum and good day to you!



Please know that it has been almost two months since the trip habis baru aku tetiba rajin nak menulis. Nampak tak perangai? Hahah. But yes, atleast I wrote something kan? For future reference, kut nak repeat lagi ke en en en. Niat tu ada, but bila ingat balik you've to walk, hike spesifically, for almost 100+- km, buat aku palamasam, and delay delay niat tu. Hehehe. 

Okay, let's start with some introduction. Macam korang tahu, Gunung Tahan, standing tall at 2.187 m, is the highest point in Peninsular Malaysia. There are 3 routes that you can choose, ikut rasa, ikut pace, ikut kepala kome (please don't regret afterwards haha) are:

  1. Merapoh - Merapoh trail 

      2. Merapoh - Kuala Tahan trail


      3. Kuala Tahan - Kuala Tahan trail


Okay, selalunya people will go for 3-4 days for the first option. Hat ni trail dia senang sikit lah compared to the other two. Nanti aku habaq why. For the second trail, Merapoh - Kuala Tahan (PohKole), people usually do it within 7 days. Less than that ada lah compress trip, and setakat yang kitorang tahu, which also been briefed before kitorang hike haritu, any attempt to do the trip in less than 7d6n is strictly prohibited. Unless there's emergency cases etc which requires you to end the expedition earlier. 

Hat tu takpe. 

But if kau p apply permit and p request nak buat PohKole 5 hari, memang tak dapat lah ya. Pejabat Hutan memang bebetul takkasi, because well you know, compress trips ni banyak consequencesnya. Hence, jangan degil. Okay, for the third option, ini kira trek lejen ah ni. Kalau kome buat ni kira mcm dh pawe gila ah centu. Dengor lejen cerita, makan 8-10 hari juga lah trip ni. Idk if ada org pernah buat trans reverse? Kalau kuala - kuala pun dah lejen, yang buat trans reverse tu level karma ah kut. Salute gila. 

Takde kut.

Well, 

“what you know, what i mean, what you, i want to, you know” (?)

Gais, baru mukadimah gais. Boleh tahan gak gua rant this time. Adududuh. Sebenarnya I just got back from my Java trip with @pajelintrip, hat tu nanti lah pula aku share eh. Post about Tahan ni pun ada 6 hari nak kena cerita. Gg.

Okay aku start eh.

How boleh tetiba join trip PohKole ni? Oh I named this trip as PohKole eh sebab malaih nak sebut. Okay so, it just happened. Niat nak naik Tahan memang since forever dah, but, via PohKole ni, is another thing. One, sebab kau kena hadap almost 100km trekking + hike. Second, sebab the trail are not ez, serious. And this one exclude if injured ke (nauzubillah), nak tolerate with their uncertain weather, temperature etc. Third, because kau akan hadap tangga 15 yang super scary for orang gayat macam aku. Banyak lagi sebenornya but let it end there. 

So, it started bila Ustaz Nan pm aku about this trip. Dia ajak, because before ni dh berapa kali habaq dia nk suruh jd guide, nak bawak org, but asyik lipat. Hehe. And plan asalnya adalah pi solo. Solo bimakna aku redah ja join a totally random trip, yang aku takkenai seketul pun, but, mikir this trip adalah super tough, and that I might need a very good support system, aku ajak ah Anis. And dia terus onz! And another plan adalah: pi with own ration. Yes, gigih. Niat sebenarnya is nak cuba. Nak belajar something from this trip, and kali ni, niat di hati nk belajar cara nk manage own ration for a week trip. Nanti aku cerita the outcome hahaha.

Maka, on Feb 1, kitorang pun gerak lah pi TBS, because van tunggu sana. 3 vans this time, and this time, 44 orang lineup. Pawe en, tak pernah pula aku p trip seramai ni. And takkenal anyone.




Pikul macam hamba! Hence, total 20 kg. Huhu.

Day one started early at 4.30 am, where kitorang shoot terus sampai Sg. Relau from tbs. Tidoq sat depan pejabat hutan tu, tunggu all lineups, till 10 am, baru start declare barang. Itu pun sempat rembat kereta siapa tah, keluar sat p beli breakfast. Paling leisure. Haha. It took us quite some time to settle down declare barang sebab lineup this time kemain ramai en, hence 11.50 am baru start naik powil. We arrived at the starting point at 12.12 pm, lek lek luu before start final briefing at 12.46 pm before angkat sauh. 


Short log would be:

1.00 pm - angkat sauh!
2.16 pm - Kuala Luis
4.32 pm - Lata Luis 
6.20 pm - Kem Kor


Day one was quite leisure, asal sampai, starting duduk belakang guide, abg Pejal rasanya, cucuk sambil borak, until dia kasi pacak, terus sis diam, hahahaha gg. Dah lah beg berat. But layaaaan ja trek dia sampai Kem Kor. Trek? Starting from Kuala Juram tu korang lintas jambatan gantung, then trek hutan biasa, lama lama, makin canak. But ke Lata Luis trek okay lagi, boleh lagi maintain pace. Hat lepas Lata Luis tu mengah sikit. It started raining after kitorang sampai Lata Luis, so terus gerak cepat cepat. Day one dah barai hujan. Sabar jelah, nak.

Malamtu mandi puas puas bcs tahu next few days will not be as comfortable as day one, pastu, tidoq!



Tapi betul, day one tidoq paling selesa. How I wish I know this, boleh bersyukur even more masa tu hahaha.

Thursday, 28 September 2017

#13 Mt. Pulai, checked!


So cerita dia haritu plan nak duduk rumah je weekend, yelah, baru balik from yb kan, kononnya nak jd normal lah, and having a normal weekend like org lain, attend kenduri kahwin etc, until I realize that I can't. Lol. The inner part of me whom belongs to the wood takleh nak nego, first, sebab member semua angkat sauh so I jealous, second, sbb p lrt gombak and nampak ramai org gather nak p trip. MANA BOLEHHHHHH

So, tangan pun gatai ah text kakmaria, ajak p Nuang. Plan dia sebenarnya nak menuang je. Dak dak yb nak p Pulai, kita pun takpelah, kitorg p Nuang je. Tetiba bangun pagi Sabtu tu, bukak whatsapp, nampak ni "Nawal choose-- Pulai ke Nuang?" Allahu of course lah Pulai, kita pun rindu org utagha, pastu YAAAAAS petang tu terus gerak after kak maria habis kirija. So random man, I guess I kawan dengan semua kepala random, which is why I love them. Hehe

Sebab nak fullkan kereta, aku pun ajaklah konden, amad and emal. I know konden will always say yes to me. Hiks thanks mate, takpernah menghampakan bestfriend kau ni kan. Even ajak few hours before, takde planning apa. Haha lol so kitorg gerak from kl around 8.30 pm, singgah tidur jap dkt RnR sbb kkmaria dh out, then sampai dkt Pulai around 3.45 am gitu. Makan dekat warung sat, and gerak starting point. Tak ingat sangat log, sebab p pun nak lepak hammock je.

So ni plus minus lah eh, Mt. Pulai 24 September 2017 log:

4.30 am     Sampai starting point, start hike
6.57 am     Sampai peak
10.00 am   Start descend
11.30 am    Sampai starting point


Basically Pulai ni normally org naik santai around 3 hrs, and for me trek dia is 3/5, cane eh, as for me, satu line je, "Siapa kata Pulai senang?" Haha dia takdelah susah, I enjoyed the track so much, sebab dia memanjat, and pacak pangok sampai kesudah, which is good, sbb tak panjang, so takpenat sangat, maybe sbb dia berbatu, and batu dia tajam, so bahaya, can't imagine if org naik masa hujan, naik is fine, turun tu, you need to be extra careful. Susah dia dkt situ kut, masa turun, and sebab sangatlah bahaya. There's no room for a mistake, tergelincir and you're done. So far my favourite track. Just malas nak turun, sakit kaki woi. Nak lari pun cam dalam mimpi jelah haha




Starting point dia, korang waze je Sekolah Kebangsaan Pulai. Masuk from situ, belah kanan, dia lalu rumah org semua, jalan quite mcm entrance Liang. Gitu ah. Nnt parking je bawah tu, dia tepi sungai. Ada je tempat parking. No worries. And akan lalu jambatan besi lama. Start from situ la, awal awal dh pangok, redha jelah, and enjoy the journey! Plan manusianya nak tapau Mt. Baling sekali, tp semorang dah terkulai haha so lipak, weh Pulai pun dah cukup weh cius. View pun pawe, tp kitorg takdpt view sobs idk if its jerebu or what, the view shud be like dis (its from here). Geram kan cam why not jalan je atas permatang tu? Haha you can't, aku dh p riki dh cewah, its like 80 degree junam bawah, they shud build flying fox instead 



Wtv it is worth it lah p, even it takes forever to arrive there, plus tak tidur, and daypack je p Kedah pastu redah hiking pulak, it was fun. Sebab lineup pun, another family that I own, and lepas hike kitorg lepak Lata Bayu tu layan tiruk pulak. I guess sebab hiking lah aku jd aci redah gini, and boleh buat kl - kedah tu mcm sebelah sebelah. Cameron ape tah lagi. Kay azam aku is next weekend aku duk rumah, kali ni serious talk, tolong aa jangan ajak aku p memane dah, cius ni, hopefully weekend ni takdelah tetiba up dekat IG tetiba dekat Fraser Hills pulak. Eh apa? Semangkok? Hewhew



Just by that, Mt. Pulai, checked! 
Moga niat aku nk duk rumah weekend ni dipermudahkan haha kay ciao




Tuesday, 19 September 2017

#12 Mt. Yong Belar 2.0 Daypack


So idea nak p trip daypack g7 ni is idea abg yazeid, dia proposed dekat joe, maka tertubuhlah group and lineup yang 15 orang ni. I was thinking abt it banyak kali, sebab first, I dislike daypack, second, I lembap, third, I always rasa I takboleh p trip daypack, and forth, sebab I tak berapa kenal lineup, kenal mcmtu jelah sbb jmpe dkt korga tp tkdelah sembang pun. Masa agree tu pun banyak kali questioned diri, boleh ke tak, or is it a good thing to do or nah? Bukan pe, takut kita jd punca trip tak sukses, segan pulak kang. But bila fikir, bila lagi kan, and nak try, so I did joined the ws group. Tawakkal je weh. The date suggested is 16th September 2017, hari Malaysia.

Sebenarnya, banyak pancaroba for this trip. Tetiba pulak demam the day before nk p, dh rasa tksedap badan, maybe sebab berjangkit dengan awin kut, bcs dia demam too, then tetiba petang Jumaat before nk p tu, kereta rosak. Mati tengah jalan and aku sorang. What an experience. Masa tu dh ws hilmi, and dalam kepala dh fikir nak lipak trip sbb serabut sgt, dengan demam + kereta buat hal, tp fikir kesian dia, sbb nnt carpool alone, aku pun redah je. Smpai rumah maghrib, janji dgn hilmi nak jmpe dkt LRT Gombak at 8 pm, mati la nak, apa pun tak packing. Idk why, selalu if ada trip aku paling seronok packing awai, trip ni, tak. Maybe sbb daypack kut, kalau camping aku eksaited ah nak packing siap buat flatlay haha lol. This time aku redha je main capai beg baju apa semua, ciao.

Otw p simpang pulai, singgah beli panadol + strepsils, everytime bila demam, without fail deme jelah aku telan haha then skip cerita sampailah lepak mamak Nasi Kandar Pulai, the same restaurant singgah masa yb 1.0 haritu. Reminiscing habis. 


Team Korga March 2017, reunited


Long story short, ni lah personal log daypack yong belar 2.0 gua:

5.00 am        naik powil from Masjid Lojing
5.30 am        start hike
6.45 am        stop dekat false peak, subuh
7.45 am        kem tudung periuk
8.00 am       angkat sauh, jalaaan
10.20 am      kem kasut, lepak regroup
10.45 am      angkat sauh
12.00 pm     arrived at the summit of yong belar, 7156 ft/2181 m
2.30 pm       descend 
3.35 pm        kem kasut
5.45 pm       kem tudung periuk, regroup + tunggu maghrib
7.20 pm       angkat sauh
8.25 pm       pintu rimba
8.32 pm       sampai kebun, pondok bangla
9.30 pm       naik powil, ciao


15 ketul lineup padu

Geng korga reunited at yb


Ni personal log aku, as for me, pace masa naik dh cantik, tkdelah berlari but constant, and tk stop banyak, masa turun banyak drag masa, since dh melepet lama dkt puncak, siap sempat tidur, what's great abt this trip is-- yb belanja view! Lawanya ya tuhaaaaaaan, I always wanted to know what's behind all of the fogs and clouds masa p first time haritu, and I did this time. Couldn't be thankful enough. Nah belanja sikit.







Bila lama dh melepet, siap tidur, nak restart tu allahu, malas gila rasa nak turun. Pace masa descend from summit smpai kem kasut, laju, kitorg quite berlari, laju aa haha but after nak ke tudung periuk terjumpa hilmi aisyah and hariri, depa sangkut sebab knee aisyah injured, so start from situ aku stick dengan group sweeper, and sebab geng depan (joe, awie, abg yazeid and azam warpu) berdesup berlari on trek, sis tak mampu nak kejor, ada la sekejap on trek sorang semata nak kejar depa, smpai jmpe one group otw kem kasut siap tegur kita kenapa jalan sorg, masa tu dh pasrah so lepak la sis alone termenung tunggu geng sweeper, sampai one spot terjumpa joe dengan abg yazeid, masa tu baru split jalan dgn abg yazeid ikut pace sendiri. Quite koyak lah. First daypack trip kan, somehow masa otw nak balik ke kem tudung periuk tu rasa macam forever.



But still, lepak dekat simpang pelaur tu, sbb tau still kena tunggu sweeper apa apa pun so no point laju laju p tudung periuk pun kan, sweeper kitorang si Joe siap tidur on trek haha so thats why kut masa paling lama is nak balik p tudung periuk balik tu, and siap tunggu maghrib, so basically trip ni mmg santai habis. And macam macam jadi, azam siap tertapau warpu sekali, sebab silap simpang hahah bukan biasa biasa daypack 2 puncak dia this time. And yb, being yb, selut dia mmg pawe takde gunung boleh kalahkan, kau kena redha tawakkal je, redaaaah. And one thing to mention abt the lineup, I can proudly say that I've found what I always wanted in my hiking journey, a family. Sayang korang. Even trip daypack but you gais didn't make it as strict as it shud be, but still timing kita tetap cantik and what's important is, memories kita bersepah.

Long story short--
I did it!

Walaopon selalu rasa takleh, hm, hiking ni banyak mengajor aku, try je! Challenge yourself to go beyond what you expect and you 'ought you can't do, sebab sebenarnya kau boleh je, and of course, support system. Lucky that I got them, and ada org tu teman kita smpai peak, thanks hewhew for believin' in me. Even kita banyak ngomel on trek, banyak tanya haha pastu bising, dia layan je, its good to have a 'see, I dh cakap dh kan that you boleh' kinda person. Haha you know who you are. To more daypack, camping and summits together, awak! 




Hewhew, just by that, trip daypack yong belar 2.0 sukses!


Wednesday, 16 August 2017

#10 Mt. Liang East & West


Sebenarnya post #10 is for post Korbu & Gayong, which already there dalam draft but....... its been awhile and I dh lupa log. Meh, this year malaih gila nak menulis. Idk why. Dia punya sembang nak tulis log tu, nak share, bulan 8 baru nak update, last post was Hello 2k17 hahaha fml. Kay stop bebel, aku bersyukur sebab tetiba datang rajin aku, tulis log for this trip. I know I shud do it, sebab nanti lupa, like trips before this. Sayang bila lupa.

So trip Liang ni trip aci redah, thanks to Neeja sayam sebab ajak. 5 months woi tinggal trip, last one was YYBTN reverse compress, ha tu pun tak tulis log. Haih, nak repeat memang wassalam, taubat lah nak. Short story abt that trip, kitorg decided to attempt 2 days but kenot, sebab memasing tidur tak ingat dunia, tak jaga masa, and bag tak mcm nak buat trip compress (I learnt A LOT abt this) so mmg impossible fr 2 days. Hence, we managed to finish it within 3 days. I still remember how shivering I am dekat simpang Y tu, tunggu geng sweeper since 8 pm to 1 am before we finally decided to jalan je smpai Pos Rengil. It was a good decision sebab kitorang dah basah kuyup and chances to get hypothermia is high. So macam, memang azab sebab hujan most of the time. Another fav moment is dekat peak Bubu, tu pun sama, menggeletor sampai ke tulang, ramai ramai duduk bawah emergency blanket kut, pastu bakor lilin askar tu. It was a good memory tho. Sadly, tak tulis log.

So this is our Mt. Liang East & West short log:

12 August 2017
9.30 pm      Gerak from Shah Alam
10.45 pm    Arrived at exit Tol Behrang
1 am             Bahagi ration, settle police report
2.15 am       Arrived at starting point
2.30 am      Start hike (lost track, kita cerita satgi)
4.30 am      Baru jumpa track
6.55 am      Arrived at kem Lubuk Antu (rest, subuh, breakfast)
8.30 am      Gerak 
1.00 pm      Arrived at kem 7e
10.30 pm    Tidur

13 August 2017
5.30 am      Woke up (subuh, siap)
6.30 am      Start hike, summit attack

8.30 am      Arrived at peak Liang West
9.40 am      Gerak p Liang East
9.47 am      Arrived at Liang East
10.30 am    Gerak turun ke kem 7e
11.30 am     Arrived at kem 7e
1.50 pm      Gerak from kem 7e (descend)
3.50 pm     Arrived at kem Lubuk Antu (rest, asar)
4.50 pm     Angkat sauh
6.05 pm     Arrived at starting point, Empangan Sg. Dara

Kay, so cerita about lost track tu, kabornya depa before this naik, pagor dam buka. Masa kitorang pi, sadly, its closed. Maybe sebab malam kut? Or mmg sekarang pagor tu dh tutup bcs of safety reasons, wallahualam. So, kitorang terpaksa lah lalu trek lama, which is dah lama sangat org tak lalu, and it was slippery af. Teruk sangat. Bayangkanlah, load berat, baru angkat sauh, sekali pacak terus 60 - 70 degree, dengan slippery sebab baru hujan, tercungap sis. Masa tu dalam otak dh fikir, kalau trek mcm ni sampai habis, idk if I could survive it. Mmg masa tu duk fikir dlm palotak, patut lah org kata liang hardcore. So lepas canak tu tetiba ada satu simpang, and kitorang stucked dkt situ lama, masa tu Neeja dh siap fikir nak cancel off trip, patah balik and p Penang ja. Makan. Hahaha lol

Then riki punya riki, tebas sana sini, guide kata, kita patah balik. Try masuk ikut tepi pagor tu, then pataaaaaah lah balik, 4.30 am baru jumpa siratul mustaqim. Masa tu energy dh banyak habis sebab tahan diri from jatuh and all, tahan beg berat lg. Meh. I won't forget that night, hati dh mcm 50/50. Dah lah first trip solo, aku kenai Neeja dengan kak as je. Mati la nak.

So sebenarnya, if you wish to climb Mt. Liang, naik from tepi pagor empangan tu. Jangan mengada ikut trek kitorg haha nescaya akan menyesai seumur hidupmu. Trek start betul betul tepi pagor belah kiri, ha kau p je bebetul depan pagor tu, and pandang kiri. Tu lah starting dia. Panjat lah.

Personally, I really need to agree that trek Liang kejam. And its unique sebab kejam dia nak ke kemsait, peak is waaaaaaaay more easy. Trust me. Tapi sekejam dia, dia best. Maybe sebab lineup too? And makan sedap? Haha. I won't mind to repeat it again, lai lajak tumang batak. Or buat trans slim teruih, tapau GCTBL. Meninggei. Dengor cerita geng Pok Joy dah settle buat depek, allahu sis. Betul geng takde jantung. Salute. Tapi sebab sis memang jenis favor trip bermalam, where santai sepak daun, sis takkisah buat 5 hari pat malam haha.

Ha pasal kemsait, org selalu tidur kem 7e, dekat sikit nak ke peak, selalunya 2 jam dh smpai, pace kita ah, pace runner ke takde jantung excluded kay. And abt waterpoint, kem lubuk Antu is the best, boleh tiruk, dekat kem 7e, waterpoint dia kena turun sikit around 3- 5 mins, and its just mcm mata air, tapi laju, sbb dorang dh salurkn pipe, and dh ada org baik hati bawak tong hitam, so no worries, tp jenuh gak lah, layan pacak lagi, but best mandi situ. P lah. Best. Liang is best. And pacat dia, officially aku kira ada 15 kesan kena gigit. Gg.

Kay tu jelah kut cerita for this trip. It's my 2nd solo aci redah trip after Trans Jerging and I'm doing good. Quite impressed with myself sebab duduk w guide this time, lead line up, being the 1st group to reach kemsait, 2nd person to reach peak, laju gak ah haha selalu sis melembap je dekat belakang. Maklumlah, fav sweeper dah bersara :')

By that, my 26th & 27th summits, Mt. Liang West & East checked!



Wednesday, 30 November 2016

#9 : Trans Jerging Part 2


Here I am again, gigihkan diri sambung part 2 trip #RIPKorga kitorang, since apak and kemey dah suruh sambung, taksabor siap nak tunggu, yelah kita gigih lah sambung. Dekat mana dah last time? Oh, 2nd day. Okay kitorg tidur dekat Kem Bear kan, then pagi mcm biasa, bangun, solat, urus diri, kemas balik beg, ha btw aku bawak ration which consists of kubis, gula, beras, and apetah lagi aku xingat, then bila sampai kem malam first tu and buka beg, baru perasn that air kubis tu keluar :'( Habis basah beg, beg bau kobis sobs. K dh spoil my day time tu. Sampai sleeping bag bau kobis, kau rasa?



Ni Kem Bear, dorg pacak fly atas sikit from kitorang

Huh, then dh kemas, pi breakfast, ambil lunchpack, kemas fly and ground, pastu short briefing before gerak. So basically trek kitorg harini is Kem Bear - Junction - Puncak Gunung Irau - Kemsait Yellow. Start trekking around semalam rasanya, couldn't exactly remember, maybe around 10 am, pacak turun pacak turun like always, nak sampai junction akan lalu mossy forest, tah berapa juta mossy sampai xlarat nak pandang.  Jalan harini banyak pacak turun then pacak naik, imagine being at one side yg kena turun, and kau nampak the exact same elevation sebelah sana yang kau akan panjat? Ha ulang lah mcmtu untuk berapa puluh kali. yes, aku rasa ada lebih 20 kali mcmtu. Barai lutut. Huhu.



Nah belanja sikit video 2nd day

Oh, btw, takde waterpoint tau sepanjang trek, last dekat Kem Bear so better korg refill air dkt situ, bwk cukup for whole day punya perjalanan, next waterpoint is dekat kemsait Yellow which is cnfirm cnfirm sampai by night. Harini punya trek lawaaaaaaaaa gila, puncak tipu bersepah like always, and kita lalu mcm permatang gak lah, where bersepah spot boek nak tangkap gambor. so literally harini banyak stop tangkap gambor dkt puncak tipu je haha. Nah belanja sikit gambor











Kitorang sampai junction around 3 pm tapi dari junction ke peak Irau is like 5 mins, serious, memang tak sampai 10 mins pun, trek lain, trek selut kalah yb huhu tp sebab sekejap, berlari lah kita ke Irau. Part ni xleh cerita lebih. Then lepas mengarut and buat #mannequinchallenge apa semua, kitorg pun patah balik junction. Lepak buka #dapoharam sat dekat junction, makan maggi satu mestin share almost 15 orang, solat, and kitorang pun gerak pi kemsait. What's funny is Be Ja, Sue dengan Abe Ajey (the one who cook and yang bawa barang masak) semua dengan kitorg, padahal sek sek laju dah lama ke depan, and kitorg baru perasan benda tu, kesian anyone yang dh sampai, bayangkan kitorg gerak dari junction around 4, pukul berapa nk smpai kemsait? Haha maka gigihlah Be Ja dgn Abe Ajey lajukan pace demi perut perut yang dh mengaum dekat kemsait sana.

Petang sikit, hujan lebat turun huhu, kitorang pun gigih jalan dalam hujan. Aku just cover beg, sbb malas beg basah, berat. Diri sendiri mmg dah basah kuyup. But i like walking in rain, seronok. It's just takboleh stop lama sbb badan kita jadi sejuk bila stop lama is it? And I completely hate that. Sbb sejuk dia bukan biasa biasa, sejuk gigil that terpaksa duduk dalam plastik, zzzzzz payah nak jalan sbb tersangkut sangkut dkt ranting pokok etc tu. 


Kitorang dh expect dah that akan ot lagi harini, barai weh hari hari ot, taksuka jalan malam, double mental sebab rasa tak sampai sampai. Personally, aku rasa trek harini paling menyakitkan hati, sebab selut, and licin, and adidas kampung aku tak memberi komitmen that aku skait hati asyik jatuh and terus berazam nak buang dia lepas habis trip. Gitu. Basically trek harini is selut and mossy, selut dkt intermediate level, then canak and jumpa mossy, ha masa tu selalu kena tipu sebab rasa dah sampai, tapi sebenarnya tak. Trip kalini penat kena tipu je. Huh.

Ada one time mmg semorang dh barai, and sejuk sangat masa tu, kitorg pun decide to stop, and luckily jumpa Nash dgn Abg Pian, so semua stop. Tanya dorg, Be Ja dgn Abe Ajey baru 30 mins lalu situ, so like tak jauh, ingatkan dorg dh smpaai. Haha. Nak jalan mmg dah barai, and lapar gilaaaaaaaaa. Sejuk = lapar nkmati. Nak lepak lama tp sejuk so pe lagi, ambik raincoat, duduk diam diam dalam tu, it helps. And dorg pun start fire, buat unggun api, that level of sejuk haha, beku otak woi. Lama juga lepak sana, tunggu geng belakang kitorg, dengan Alif nya demam. Kesian gila.



Masa ni dah brain freeze zzz

Then kitorang sambung jalan, layan mental, layan selut, layan jatuh berjuta kali, and finally kitorang sampaaaaaaai, and it's almost 8 pm. 10 jam lagi jalan. Hari hari jalan almost 10 hrs barai weh. And aku terkejut sebenarnya, sebab kemsait ni lain macam, dia dekat lereng bukit and bawah tu kebun sayur, like literally kau dah sangat dekat dengan ground. Haha. Apa best dekat kemsait ni is dia ada tangki air, so memang mcm jakun gila dh lama xjmpe air that boleh guna sesuka hati (before ni kena catu), kitorang pun kemain mandi tak ingat dunia. Mati lah sejuk tu, mandi penting k. Masa ni, geng sweeper tak sampai lagi, if i'm not mistaken dorang jaaaaaauh lagi sebab ada org injured, and masa ni la hero hero shooter dihantar naik balik utk rescue depa, thanks to Khai and Pokwar, korg the best hiks.

They arrived around 10 pm, muka masing masing memang barai teruk, sweeper sado, Akmal kita je muka chill haha, tabik ah sabor sweep orang. Dengor dorang kata first geng yang sampai at 6 pm, gila jauh gap tu. Betul siput sedut kitorg huhu. Habis makan, kitorg pun tidur, k habis. Hahaha tak bosan ke baca benda macamni? Like, sama je every entry. 3rd day nanti kita sambung next entry k?

Ciao. 

Monday, 28 November 2016

#8 : Trans Jerging (25 - 27/11/16) Part 1


Ni trip paling random, paling on the spot kira beg dh siap packing and terus angkat sauh je. Trip aci redah, trip paling tak study route langsung. I've mentioned earlier in my last post that I'll be going for KorGa trip kan sepatutnya? Well, plan terpaksa divert. Sadly, sehari before kitorang supposedly pi, which is rabu, be ja (gogo kitorang) ws dalam group saying pejabat hutan dah tutup trek sebab air empangan pasang besar, and ada kepala air jadi dekat kem kijang the day before, ad they're expecting kepala air tu jadi in 3-4 days lagi. So yes, memang takboleh pi. Dengar cerita almost 180 org yang nak naik hari jumaat semua kena cancel/divert plan. Kecewa dia takleh kata. Lagi kecewa dari putus cinta k. Yelah, I'm so looking forward for korga, dh excited nak jmpe chuban, sekali kena divert.

Okay.

So after bincang, there's few options fpr us, takboleh nak cancel trip sebab ration semua dh beli, in fact semorang dh siap packing and tinggal nak gerak je. So, be ja bagi options ni:

  1. Trans V1 (5 days)
  2. Korga via trek seno'oi (kena +1 day)
  3. Trans Jerging (3d2n ikut plan)
  4. CUS
  5. Chamah single
Pawe kan options dia? Obviously I voted for V1, like why not, dh alang alang, lagipun mmg dh lama teringin nak buat V1. I also voted for Chamah single, sbb CUS within days that we had mmg insane, mahu hari hari OT lebih 20 hours tu. So, no. After bincang punya bincang, ramai nk buat V1 but they can't sbb takboleh nak lajak cuti, and korga via seno'oi ni trek lama org tak lalu, so surely kena menebas, and confirm confirm kena lajak hari, so after dh takde options left, semorang pun dengan redhanya chose Trans Jerging.


So that explains why every gambar kitorang ada #RIPKorga. Huhu.


Tengok KorGa dari jauh je mampu, kiri tu Chuban, tengah Korbu kiri Gayong.

Baru mukadimah, panjang nak mati dah haha, malasnya nak sambung weh. So macam biasa, kita cerita sikit pasal Trans Jerging ni. Trans Jerging ni cover 4 buah gunung which is Gunung Suku (1797m/5896ft), Gunung Irau (2110m/6924ft), Gunung Yellow (1667m/5469ft) and Gunung Pass (1587m/5207ft). Basically meetup point, like always, Masjid Kg Raja. Masuk ni dh entah berapa kali aku jejak cameron highlands, smpai bila org ajak pi travel, rasa malas hahaha sorry lah.


Pinjam trail map from blog 90 puncak jap.

See how jauh kitorg berjalan? Haha smpai skrg aku mindfak, like bila sampai atas puncak tipu, and we can see dari mana kitorg jalan, and where we heading to, rasa lembik kaki, tak caye dh jalan sejauh tu, and kena jalan pi another peak. tapi sendiri cari susah, kita layan je.

Like always, makan semut banyak, banyak sangat telan air sungai and disebabkan otak beku sbb sejuk melampau, aku mcm biasa tak ingat exact time log haha sorry lah, ingat bila gerak bila sampai je, maybe lari sikit timing dia but insya allah okay. Takyah ah cerita smpai masjid buat apa semua since benda tu like always, smpai awal, tidur, bgn subuh, mandi siap, breakfast dkt kedai depan tu, beli lunch pack, tunggu powil, load barang, benda benda biasa. Kita terus cerita part starting point.






Ha nampak abang dekat atas belah kiri yang pakai bucket hat tu, ha tu lah sweeper kitorang, dia punya level kesabaran boleh salute, sabar gila even pace mmg slow gila sbb sorg injured lutut. Nama dia akmal, dia single. Eh. Tak ah, nak tunjuk starting jah sebenarnya, belakang dia tu lah starting point Trans Jerging ni. Kitorang start hike by 10.30 am taksilap, so harini kitorang punya trek is Starting Point - Puncak Suku - Kem Bear. Trek dia, personally, aku rasa pacak dia hardcore, mcm mcm org cakap, way much hardcore dari nuang lah, apa lah, but yes, this is trek paling susah aku pernah hadap. maybe sbb bawak load non-stop kut, yelah, trans kan. selalu boleh tinggal beg, ni tak, sbb tu aku takjadi pinjam beg depek megat haha, sbb memang tak tinggal beg langsung.

Lepas segala sumpah seranah and endless times of lepak berhenti (sebbaek tak buka dapur haram je haha), kitorang pun sampai peak gunung Suku by 3 pm. Lama woi. Tu pun pace lek lek, kadang laju, kadang pewai, still lama. and pacak all the waaaaay. Before sampai peak ni akan lalu satu puncak tipu tau, and korang boleh nampak peak Suku, in fact org tengah berjalan atas tu, jaaaaaaauh lagi. Masa tu mental dah koyak, sbb kena tipu. Serious. Ingatkan dh smpai and it turns out to be puncak tipu, lepastu mental bertambah bila tgk peak jauh lagi kena panjat. Masa tu dh redha, and mmg fikir layan je.


Ni dekat puncak tipu, ha belakang tu lah peak Suku, jauh kaaaaaan

Jalan punya jalan, tetiba sampai. like seriously tiba tiba, and tak lama pun, cane eh, sbb aku dh set mind that it'll be a long hike lagi since kita nampak mana nak pi kan, but idk, sekejap pulak sampai, maybe sbb dh redha kut hahaha






Ala, gambar dalam phone, malas transfer. nanti aku update balik letak gambar k, promise.

Lepak peak, tangkap gambor, makan lunch pack, tidur jap, then ciao around 4 pm heading to Kem Bear, kemsait malam ni. Be ja estimate dalam 3 - 4 hours boleh lah smpai so like dalam 7 pm dh smpai, tapi tak. Kitorang sampai around 10 pm, ot teruk, semua sebab lepak dkt puncak tipu after peak tu lama gila, and ada insiden yang buat melekat nama spider tu dekat aku sampai habis trip. Nawal no more. Spider je. Zzzzz no jok hahaha.

First day dah ot, mental dh koyak rabak, sebab beg berat, bawak 5L air haha no jok, lepastu insiden spider tu lagi lah buat mental koyak. Layan je trek malam, dengan trek selut dia, jatuh takyah cakap beribu kali. Sampai Apak dekat belakang dh tak larat gelak, countless times ngat jatuh. Trek pi Kem Bear seram duh, idk why, sampai satu masa tu, siap terfikir, betul ke trek ni? Sbb lama sangat that tak sampai sampai. Sebbaek terjumpa geng Bean Pokwar semua yang tengah tidur on trek, dh lah malam, depa bantai tutup headlamp, tidur. Terkejut kitorg suluh suluh ada manusia. Ngek. So gerak sekali lah kitorg.

Sampai Kem Bear mmg dah pewai teruk, letak beg bawah ground, terus pi makan. Barai nak mati, rasa taknak jalan dah dua hari lagi hahaha, oh, dekat Kem Bear ni ada waterpoint. Turun sikit tp trek dia barai so kalau pi pakai selipar mmg menyeksa diri. Tapi waterpoint dia mmg terbaikkkkkkkkk, dia mcm mini fountain yang ada slide boleh gelongsor and duduk atas tu, kitorg mmg mandi even sejuk nak mati. Segar gila. Rasa nak pi Kem Bear semata for mandi je, aci tak hahaha

K dah lah smpai tu je kut cerita first day. Nanti sambung 2nd day.
Ciao.