Wednesday 30 November 2016

#9 : Trans Jerging Part 2


Here I am again, gigihkan diri sambung part 2 trip #RIPKorga kitorang, since apak and kemey dah suruh sambung, taksabor siap nak tunggu, yelah kita gigih lah sambung. Dekat mana dah last time? Oh, 2nd day. Okay kitorg tidur dekat Kem Bear kan, then pagi mcm biasa, bangun, solat, urus diri, kemas balik beg, ha btw aku bawak ration which consists of kubis, gula, beras, and apetah lagi aku xingat, then bila sampai kem malam first tu and buka beg, baru perasn that air kubis tu keluar :'( Habis basah beg, beg bau kobis sobs. K dh spoil my day time tu. Sampai sleeping bag bau kobis, kau rasa?



Ni Kem Bear, dorg pacak fly atas sikit from kitorang

Huh, then dh kemas, pi breakfast, ambil lunchpack, kemas fly and ground, pastu short briefing before gerak. So basically trek kitorg harini is Kem Bear - Junction - Puncak Gunung Irau - Kemsait Yellow. Start trekking around semalam rasanya, couldn't exactly remember, maybe around 10 am, pacak turun pacak turun like always, nak sampai junction akan lalu mossy forest, tah berapa juta mossy sampai xlarat nak pandang.  Jalan harini banyak pacak turun then pacak naik, imagine being at one side yg kena turun, and kau nampak the exact same elevation sebelah sana yang kau akan panjat? Ha ulang lah mcmtu untuk berapa puluh kali. yes, aku rasa ada lebih 20 kali mcmtu. Barai lutut. Huhu.



Nah belanja sikit video 2nd day

Oh, btw, takde waterpoint tau sepanjang trek, last dekat Kem Bear so better korg refill air dkt situ, bwk cukup for whole day punya perjalanan, next waterpoint is dekat kemsait Yellow which is cnfirm cnfirm sampai by night. Harini punya trek lawaaaaaaaaa gila, puncak tipu bersepah like always, and kita lalu mcm permatang gak lah, where bersepah spot boek nak tangkap gambor. so literally harini banyak stop tangkap gambor dkt puncak tipu je haha. Nah belanja sikit gambor











Kitorang sampai junction around 3 pm tapi dari junction ke peak Irau is like 5 mins, serious, memang tak sampai 10 mins pun, trek lain, trek selut kalah yb huhu tp sebab sekejap, berlari lah kita ke Irau. Part ni xleh cerita lebih. Then lepas mengarut and buat #mannequinchallenge apa semua, kitorg pun patah balik junction. Lepak buka #dapoharam sat dekat junction, makan maggi satu mestin share almost 15 orang, solat, and kitorang pun gerak pi kemsait. What's funny is Be Ja, Sue dengan Abe Ajey (the one who cook and yang bawa barang masak) semua dengan kitorg, padahal sek sek laju dah lama ke depan, and kitorg baru perasan benda tu, kesian anyone yang dh sampai, bayangkan kitorg gerak dari junction around 4, pukul berapa nk smpai kemsait? Haha maka gigihlah Be Ja dgn Abe Ajey lajukan pace demi perut perut yang dh mengaum dekat kemsait sana.

Petang sikit, hujan lebat turun huhu, kitorang pun gigih jalan dalam hujan. Aku just cover beg, sbb malas beg basah, berat. Diri sendiri mmg dah basah kuyup. But i like walking in rain, seronok. It's just takboleh stop lama sbb badan kita jadi sejuk bila stop lama is it? And I completely hate that. Sbb sejuk dia bukan biasa biasa, sejuk gigil that terpaksa duduk dalam plastik, zzzzzz payah nak jalan sbb tersangkut sangkut dkt ranting pokok etc tu. 


Kitorang dh expect dah that akan ot lagi harini, barai weh hari hari ot, taksuka jalan malam, double mental sebab rasa tak sampai sampai. Personally, aku rasa trek harini paling menyakitkan hati, sebab selut, and licin, and adidas kampung aku tak memberi komitmen that aku skait hati asyik jatuh and terus berazam nak buang dia lepas habis trip. Gitu. Basically trek harini is selut and mossy, selut dkt intermediate level, then canak and jumpa mossy, ha masa tu selalu kena tipu sebab rasa dah sampai, tapi sebenarnya tak. Trip kalini penat kena tipu je. Huh.

Ada one time mmg semorang dh barai, and sejuk sangat masa tu, kitorg pun decide to stop, and luckily jumpa Nash dgn Abg Pian, so semua stop. Tanya dorg, Be Ja dgn Abe Ajey baru 30 mins lalu situ, so like tak jauh, ingatkan dorg dh smpaai. Haha. Nak jalan mmg dah barai, and lapar gilaaaaaaaaa. Sejuk = lapar nkmati. Nak lepak lama tp sejuk so pe lagi, ambik raincoat, duduk diam diam dalam tu, it helps. And dorg pun start fire, buat unggun api, that level of sejuk haha, beku otak woi. Lama juga lepak sana, tunggu geng belakang kitorg, dengan Alif nya demam. Kesian gila.



Masa ni dah brain freeze zzz

Then kitorang sambung jalan, layan mental, layan selut, layan jatuh berjuta kali, and finally kitorang sampaaaaaaai, and it's almost 8 pm. 10 jam lagi jalan. Hari hari jalan almost 10 hrs barai weh. And aku terkejut sebenarnya, sebab kemsait ni lain macam, dia dekat lereng bukit and bawah tu kebun sayur, like literally kau dah sangat dekat dengan ground. Haha. Apa best dekat kemsait ni is dia ada tangki air, so memang mcm jakun gila dh lama xjmpe air that boleh guna sesuka hati (before ni kena catu), kitorang pun kemain mandi tak ingat dunia. Mati lah sejuk tu, mandi penting k. Masa ni, geng sweeper tak sampai lagi, if i'm not mistaken dorang jaaaaaauh lagi sebab ada org injured, and masa ni la hero hero shooter dihantar naik balik utk rescue depa, thanks to Khai and Pokwar, korg the best hiks.

They arrived around 10 pm, muka masing masing memang barai teruk, sweeper sado, Akmal kita je muka chill haha, tabik ah sabor sweep orang. Dengor dorang kata first geng yang sampai at 6 pm, gila jauh gap tu. Betul siput sedut kitorg huhu. Habis makan, kitorg pun tidur, k habis. Hahaha tak bosan ke baca benda macamni? Like, sama je every entry. 3rd day nanti kita sambung next entry k?

Ciao. 

Monday 28 November 2016

#8 : Trans Jerging (25 - 27/11/16) Part 1


Ni trip paling random, paling on the spot kira beg dh siap packing and terus angkat sauh je. Trip aci redah, trip paling tak study route langsung. I've mentioned earlier in my last post that I'll be going for KorGa trip kan sepatutnya? Well, plan terpaksa divert. Sadly, sehari before kitorang supposedly pi, which is rabu, be ja (gogo kitorang) ws dalam group saying pejabat hutan dah tutup trek sebab air empangan pasang besar, and ada kepala air jadi dekat kem kijang the day before, ad they're expecting kepala air tu jadi in 3-4 days lagi. So yes, memang takboleh pi. Dengar cerita almost 180 org yang nak naik hari jumaat semua kena cancel/divert plan. Kecewa dia takleh kata. Lagi kecewa dari putus cinta k. Yelah, I'm so looking forward for korga, dh excited nak jmpe chuban, sekali kena divert.

Okay.

So after bincang, there's few options fpr us, takboleh nak cancel trip sebab ration semua dh beli, in fact semorang dh siap packing and tinggal nak gerak je. So, be ja bagi options ni:

  1. Trans V1 (5 days)
  2. Korga via trek seno'oi (kena +1 day)
  3. Trans Jerging (3d2n ikut plan)
  4. CUS
  5. Chamah single
Pawe kan options dia? Obviously I voted for V1, like why not, dh alang alang, lagipun mmg dh lama teringin nak buat V1. I also voted for Chamah single, sbb CUS within days that we had mmg insane, mahu hari hari OT lebih 20 hours tu. So, no. After bincang punya bincang, ramai nk buat V1 but they can't sbb takboleh nak lajak cuti, and korga via seno'oi ni trek lama org tak lalu, so surely kena menebas, and confirm confirm kena lajak hari, so after dh takde options left, semorang pun dengan redhanya chose Trans Jerging.


So that explains why every gambar kitorang ada #RIPKorga. Huhu.


Tengok KorGa dari jauh je mampu, kiri tu Chuban, tengah Korbu kiri Gayong.

Baru mukadimah, panjang nak mati dah haha, malasnya nak sambung weh. So macam biasa, kita cerita sikit pasal Trans Jerging ni. Trans Jerging ni cover 4 buah gunung which is Gunung Suku (1797m/5896ft), Gunung Irau (2110m/6924ft), Gunung Yellow (1667m/5469ft) and Gunung Pass (1587m/5207ft). Basically meetup point, like always, Masjid Kg Raja. Masuk ni dh entah berapa kali aku jejak cameron highlands, smpai bila org ajak pi travel, rasa malas hahaha sorry lah.


Pinjam trail map from blog 90 puncak jap.

See how jauh kitorg berjalan? Haha smpai skrg aku mindfak, like bila sampai atas puncak tipu, and we can see dari mana kitorg jalan, and where we heading to, rasa lembik kaki, tak caye dh jalan sejauh tu, and kena jalan pi another peak. tapi sendiri cari susah, kita layan je.

Like always, makan semut banyak, banyak sangat telan air sungai and disebabkan otak beku sbb sejuk melampau, aku mcm biasa tak ingat exact time log haha sorry lah, ingat bila gerak bila sampai je, maybe lari sikit timing dia but insya allah okay. Takyah ah cerita smpai masjid buat apa semua since benda tu like always, smpai awal, tidur, bgn subuh, mandi siap, breakfast dkt kedai depan tu, beli lunch pack, tunggu powil, load barang, benda benda biasa. Kita terus cerita part starting point.






Ha nampak abang dekat atas belah kiri yang pakai bucket hat tu, ha tu lah sweeper kitorang, dia punya level kesabaran boleh salute, sabar gila even pace mmg slow gila sbb sorg injured lutut. Nama dia akmal, dia single. Eh. Tak ah, nak tunjuk starting jah sebenarnya, belakang dia tu lah starting point Trans Jerging ni. Kitorang start hike by 10.30 am taksilap, so harini kitorang punya trek is Starting Point - Puncak Suku - Kem Bear. Trek dia, personally, aku rasa pacak dia hardcore, mcm mcm org cakap, way much hardcore dari nuang lah, apa lah, but yes, this is trek paling susah aku pernah hadap. maybe sbb bawak load non-stop kut, yelah, trans kan. selalu boleh tinggal beg, ni tak, sbb tu aku takjadi pinjam beg depek megat haha, sbb memang tak tinggal beg langsung.

Lepas segala sumpah seranah and endless times of lepak berhenti (sebbaek tak buka dapur haram je haha), kitorang pun sampai peak gunung Suku by 3 pm. Lama woi. Tu pun pace lek lek, kadang laju, kadang pewai, still lama. and pacak all the waaaaay. Before sampai peak ni akan lalu satu puncak tipu tau, and korang boleh nampak peak Suku, in fact org tengah berjalan atas tu, jaaaaaaauh lagi. Masa tu mental dah koyak, sbb kena tipu. Serious. Ingatkan dh smpai and it turns out to be puncak tipu, lepastu mental bertambah bila tgk peak jauh lagi kena panjat. Masa tu dh redha, and mmg fikir layan je.


Ni dekat puncak tipu, ha belakang tu lah peak Suku, jauh kaaaaaan

Jalan punya jalan, tetiba sampai. like seriously tiba tiba, and tak lama pun, cane eh, sbb aku dh set mind that it'll be a long hike lagi since kita nampak mana nak pi kan, but idk, sekejap pulak sampai, maybe sbb dh redha kut hahaha






Ala, gambar dalam phone, malas transfer. nanti aku update balik letak gambar k, promise.

Lepak peak, tangkap gambor, makan lunch pack, tidur jap, then ciao around 4 pm heading to Kem Bear, kemsait malam ni. Be ja estimate dalam 3 - 4 hours boleh lah smpai so like dalam 7 pm dh smpai, tapi tak. Kitorang sampai around 10 pm, ot teruk, semua sebab lepak dkt puncak tipu after peak tu lama gila, and ada insiden yang buat melekat nama spider tu dekat aku sampai habis trip. Nawal no more. Spider je. Zzzzz no jok hahaha.

First day dah ot, mental dh koyak rabak, sebab beg berat, bawak 5L air haha no jok, lepastu insiden spider tu lagi lah buat mental koyak. Layan je trek malam, dengan trek selut dia, jatuh takyah cakap beribu kali. Sampai Apak dekat belakang dh tak larat gelak, countless times ngat jatuh. Trek pi Kem Bear seram duh, idk why, sampai satu masa tu, siap terfikir, betul ke trek ni? Sbb lama sangat that tak sampai sampai. Sebbaek terjumpa geng Bean Pokwar semua yang tengah tidur on trek, dh lah malam, depa bantai tutup headlamp, tidur. Terkejut kitorg suluh suluh ada manusia. Ngek. So gerak sekali lah kitorg.

Sampai Kem Bear mmg dah pewai teruk, letak beg bawah ground, terus pi makan. Barai nak mati, rasa taknak jalan dah dua hari lagi hahaha, oh, dekat Kem Bear ni ada waterpoint. Turun sikit tp trek dia barai so kalau pi pakai selipar mmg menyeksa diri. Tapi waterpoint dia mmg terbaikkkkkkkkk, dia mcm mini fountain yang ada slide boleh gelongsor and duduk atas tu, kitorg mmg mandi even sejuk nak mati. Segar gila. Rasa nak pi Kem Bear semata for mandi je, aci tak hahaha

K dah lah smpai tu je kut cerita first day. Nanti sambung 2nd day.
Ciao.

Tuesday 22 November 2016

#7 : Gunung Gap - Ulu Semangkuk (GUS), checked!


It's been two weeks since my hike trip then baru got time nak post, malas sebenarnya, and busy. yes, tu tak tipu, busy nak mampus. ni pun curi masa nak update blog, and sebab nanti lupa, so better tulis now.

So yes.

Brief sikit la pasal Gunung Gap & Ulu Semangkuk ni. Gunung Gap is 3868 ft (1183 meters) and Gunung Ulu Semangkuk is 4558 ft (1394 meters). Both gunung ni located at The Gap Resthouse, Fraser Hill Gap, KKB. Cane eh, kalau korang naik fraser, akan jumpa one selekoh ni, pastu belah kiri ada macam bangunan kena tinggal, kanan ada mcm parking lot berbumbung, and toilet awam. Ha situ lah.





Credit to : @sqllsmrz (ig) for this awesome shots!

Malam tu, lepas diskus, dorg kata by 1 am dh kena ada dekat rumah Wan (guide rawr) dekat rawang, which is so good sebab aku barai, the night before aku tidur at 4 am, barai gila then pagi sabtu pi talk design project, tengahari pi jd krew event MLM dekat sacc, malam tu gerak hike, kerja paling gila aku pernah buat. badan barai xtau nak kata apa haha

Then gerak after meetup dengan geng rawr, kitorang sampai parking lot around 3 lebih kut tak silap, then tidur dalam kereta, around 6 lebih mcm tu semorg terjaga and solat apa semua, urus diri bagai then siap siap for hike.

After everything, kitorg start hike by 8.20 am, agak lewat sebenarnya.  trek nak pi gunung gap pacak no diskaun, tapi sekejap, I managed to arrive around 45 minutes mcmtu, tp serious pacak no chill. then lepak atas tunggu lineup lain, and abt view, quite terkejut bila view like laaaaaaaawa gila, sebab selalu org kata GUS takde view, huhu. I couldn't exactly remember pukul berapa gerak from puncak gap pi ulu semangkuk, but trek ulu semangkuk yang laaaaaaaama, almost 2 - 3 hrs, kalau slow pace, trek dia naik turun, but better from trek gap lah, personally, sebab dia pacak all way long haha sakit hati k. borak borak, layan dorang smoke everytime berhenti, then sampaaai.

Lepak puncak, kemain dorg bawak ration taknak kalah, bawak carbonara bagai, memang kenduri dekat peak, lepak lama jugak then by 12 kitorg angkat sauh, gerak turun. sorry lah dah tak ingat sangat exactly time log, pi trip ni pun sebab nak training korga huhu.

Korga khamis ni, doakan kitorg selamat pi balik okay, ni taktau kena sampuk apa sampai tapau 3 G7 within a month, k tu nnt kita sembang entry lain haha k lah meh nak belanja sikit gambor GUS


View from puncak Gunung Gap


View from puncak Ulu Semangkuk








Abam abam RAWR, boleh pm if interested eh haha

Overall, trip best, lineup mcm biasa, padu teruk, masuk ayor, thanks to RAWR sebab organize this trip, you gais made my weekend. Oh, turun from Gap sampai starting point aku sampai within 25 mins, what an achievement huhu, tu pun tahan sakit kaki dh macam apa sebab trek pacak kan. Aku rate kesusahan trek dia as 3/10. Trek clear, visible, insya allah senang sampai. Just starting point jelah kena pandai cari.

Just by that, Gunung Gap - Ulu Semangkuk (GUS) checked!

Tuesday 15 November 2016

#6 : Mt. Yong Belar Part II


Sembang nak sambung tulis log kelaut haha ni pun sebbaek gigih nak type balik eh, busy gila with fyp, and last weekend sempat pi trip GUS (gap-ulu semangkuk) which I will upload log hike dia jugak after this, sementara ingat. Ikut hati memang malas gila but taakut lupa nanti, bazir je, so better tulis balik. Sat, haritu stop smpai mana?

Oh, trek Batang Pipe.

I can't exactly remember abt the timing so kita agak agak je tau. Start hike around 12.20 pm from Tangga Dam, layan trek pipe. Kalau tanya org dh naik yb, mesti dorang kata trek ni pewai, as for me, dia start pewai bila kaki kau dh tercelup dalam selut tu. Dah lah busuk, then kaki kau dh basah and kau kena lek sampai kemsait. It's not easy doh. Mental. Time hike tu at first aku decide nak pakai kasut Gellert tu, tp last minute bila fikir pasal batang pipe tu yang buat aku pakai adidas kampung. Sebbaek takpakai Gellert eh kalau tak nangis weh barai. Tapi adidas kampung licin, carut je sepanjang batang paip tu haha sbb jatuh berapa kali. Tp layan je sebbaek lineup kelakor. They made my day. So dr nak mental, takjadi. Gelak je banyak.



Crackheads

Lepas batang paip, kita akan kena cross satu sungai, and then kita sampai kebun. Kita boleh naik powil smpai sini sebenarnya, but i dont sure pasal rate, sbb rasanya kena tambah, sbb cut batang paip, like dia terus hantar dkt Pintu Kebun la, skip Batang Paip, tapi apa guna pi yb tak layan trek Batang Paip ye idok? 

Lepas kebun, kita jalan pi Pintu Rimba, start hike dah, kali ni trek hutan dah, tak ingat sampai sana pukul berapa. Lupa terus log masa hahah k my bad. Then jalan lagi sampai pewai, layan 3 puncak tipu (if i'm not mistaken) and reached Kem Tudung Periuk at 4 pm. Tak ingat sweeper sampai pukul berapa, 5 lebih kut. Setup fly ground and khemah, pastu lepak, turun water point pi bersihkan diri. Solat jamak and all then lepak bawah fly dapur, tlg depa masak. 


Puncak tipu keberapa tah


Rest dekat Pintu Rimba


Stop dekat kebun sat, re-group

Malam tu dalam plan like nak lepak ice breaking etc tp kelaut since plan dh divert, sepatutnya tidur dekat Kem Kasut tp terpaksa tukar plan. And shoot puncak hari Ahad. So basically malam tu semorang masuk tidur awal gila. Like 9 pm kut, mmg kepenatan gila, plus hujan so semorang layan mental. Sejuk gila.


Setup fly & ground

I remembered myself terjaga at 2.30 am, ingatkan dh lewat sbb buat alarm 4.30 am sbb dorang kata nak shoot puncak by 5.30 am. So like terjaga sbb dekat luar bising, ada another group yang shoot puncak that day balik, dengor cerita dorg pi 12 hours pergi balik, idk why lama sangat, maybe sbb jalan malam kut. They arrived back dekat tudung periuk at 2 am. Sbb dorg bising so aku pun decide utk keluor khemah, pi bawah fly boys, lepak situ. Dorg pun dh terjaga since ground masuk air, fly tak cover penuh. Kesian gila. Dh like hypotermia sbb sejuk and basah, abg ijat siap pewai tahap taknak naik puncak haha. 

Sebbaek abe Muzz tlg setup campfire, like panas sikit and semorg duduk situ, siap jemur stokin, letak kaki mcm mcm haha, then dorg rebus sosej hmmm tbh tu sosej paling sedap aku pernah rasa dalam hidup. Rindu shit.

So lepak sampai almost 6 am, sbb takde tanda yang kitorg akan gerak awal. After dh settle breakfast and lunchpack, kitorang pun gerak shoot puncak, and it was 7,30 am. Lewat, i know. Mmg plan banyak kelaut haha. Shoot puncak freebody je, sebenarnya bawak stau beg which is beg Megat, letak air dlm tu and gilir gilir bawak. Most of the time mmg Megat bawak haha aku jd superb lembap bila bawak load, sbb nak deal with selut and pewai kasut asyik terbenam dlm selut and tercabut from kaki. No jok.

Kitorang sampai Kem kasut at 10 am. Stay sat sebab puncak full, tunggu dorg turun. Naz dengan Megat gigih nak pi last water point dkt Kem Kasut tu, aku dh remind k that naik nnt pacak but dorg gigih, time sampai atas muka Naz paling kelakor, like putus nyawa. Dh cakap k hahaha siapa suruh gigih. Dapat lah refill 3 botol. 

Then lepas snap gambor apa semua, kitorg sambung shoot puncak, dorang kata dr Kasut ke puncak dah tak jauh, dalam 45 mins boleh sampai but idk, maybe sbb trek barai kut. Dengan selut dia, it makes movement jd lembap so kitorang sampai puncak by 11 am. FINALLYYYYYYYYYYY 




WE MADE IT! 
Mt. Yong Belar, 3rd highest top in Peninsular Malaysia (7156ft)

Kitorang rest dekat puncak for almost an hour, sbb time cut-off pukul 12, tp kitorang turun pun dalam 12.30 pm, jumpa sweeper otw bawak jugak org last since dh nak smpai sangat, why not kan, bior lambat asal sampai. Gitu. Dekat puncak kitorg terus cari tempat nak setup stove sbb masing masing dh kelaparan, so kitorg masak maggi. Sedap shit. Biasalah, maggi paling sedap dalam dunia is atas gunung.

Aku tak ingat sangat pukul berapa sampai Kem Kasut balik, but we reached Kem Tudung Periuk balik at 3,40 pm. Laju jugak lah, turun kan. Dah tak fikir apa. Nak sempat sampai je. Sebab nak rest since nak terus shoot sampai powil. So sampai tudung periuk, terus duduk bawah fly sebab khemah dh jd pulau. Basah kuyup everything sbb hujan. Trip kali ni mental sebab hujan, and sejuk. Yb ni tempat angin lalu so bila angin lalu memang menggeletar. Even dh pakai windbreaker and glove bagai, still k.

Sampai je kemsait balik, hujan lebat turun. Can't imagine sek sek sweeper jalan dalam hujan, extra pewai tu. Kitorg tunggu dorg and dalam 6 lebih baru dorg sampai kemsait balik. Lama, sempat bantai maggi telur huhu, makan dalam hujan. Ya tuhaaaaan nikmat dia.

After sweeper smpai, kasi dorg rehat and makan bagai, kitorg pun packing and ready nak turun. Kitorg gerak at 7.20 pm, yes, ot gais. Overtime dalam hujan is mental. Memang main mental saje trip yb ni. Kitorg sampai batang paip time tu dah nak dekat 12 pm, tabahkan diri je jalan tengah malam dekat batang paip tu, you know why kan, alhamdulillah semua smooth je. Sampai dekaat powil time tu dah 2 am. Gila ot teruk.


OT dalam hujan

Sebbaek sampai powil, dapat pisang + jagung rebus + strawberry cecah chocolate, abang powil belanja since dia lambat ambik kitorg the first day tu. Heaven teruk k. Naik powil tu mata dh tak larat, tp sebab jalan dia teruk so tak tidur. Berhimpit mcm ayam, dhlah kesejukan. Tp tu yang best. Kitorang sampai balik dekat kereta time tu dah 3 lebih am. Mmg barai. Kitorg decided to terus shoot bawah, rehat dekat R&R, serious barai. Megat drive, idk how dia boleh lek je, kitorg mmg shutdown habis. 

Sampai R&R Tapah, lepak makan, first thing I do cari toilet. Rasa nak cium k toilet tu hahaha then after makan kitorg gerak, ingat nak shoot terus but semorg like barai teruk so singgah another R&R and tidur dalam kereta. I couldnt remember berapa lama sbb semorg tidur mati. Bangun pagi, baru shoot shah alam.

So that's it, tu jelah kut log trip yb kali ni. And weh, masa dekat powil time balik tu aku like pandang Megat and Nazran and said, 'we survived this weh, trip dh habis, kita dh tawan yong belar' hahaha rasa mcm speechless, tak sangka sbb aku always rasa aku tak boleh.

So yes, by that, Mt. Yong Belar (2181m, 7156 ft) checked.
  

Wednesday 2 November 2016

#5 : My First G7 mountain, Mt. Yong Belar (7156ft)


Sebenarnya dh tulis some intro tau, tp rasa mcm bebel lebih, so i deleted it. Ez. Org mesti nak baca the log kan, bukan nak baca aku bebel pasal tgh buat apa takde mood ke apa. Tipikal. Faham. Bcs i feel the same too. So yes, baca tajuk dh excited kan. Rasanya ni trip paling susah nak muvon setakat ni. Like, rindu lineup, rindu pewai, rindu gigil sebab sejuk tu extra from trip trip before. Maybe sbb this one 2d1n, selalu pi daypack, sehari je so the bonding pun mcm so-so.

Maybe ada 2 part kut for this post, sbb banyak sangat nak cerita. So basically aku pernah mention pasal trip ni before. Ni ha kalau nak baca,tu basically like pre- trip punya post lah, nothing much pun. Trip ni semaciam sikit, sbb ada 2 org je girls pi, which is aku and Piqa. Lelaki total 19 orang haha can you imagine? 



2 ketul je bunga, 19 kumbang(s) haha

Besides, trip ni laik special sbb for the first time in my life, aku jd gogo, and it's for a G7 trip. The struggle is real gais, like kalau gogo event gunung biasa takpe lg. Ni sebab aku nubis, and terus jd gogo for a big event mcmni. Kecut perut gak ah. But somehow, banyak aku belajor from jd gogo ni, and it was fun! Sebab automatically lineup semua kenal kau, so yes takde lah sesi segan menyegan time first time gather dkt lrt tu sbb semorg dh kenal aku. And yes, most of them ingat Nawal lelaki. K gais.

So yes, perjalanan starts at 5.30 pm hari Jumaat 28/10/2016. Luckily it was a test week so basically takde kelas langsung. Senang kijo, senang arrange time but still rushing juga. Fera ambil dkt rumah, pickup Megat & Nazran then kitorg pun gerak pi LRT Subang, arrived KL Sentral almost 8 pm, lama. Stop sbb nak singgah DIY but turns out takde, tak wujud pun dekat sana. So yes, kitorg keluar from NU Sentral and crossed jalan, pi KK Mart. Beli personal ration, topup apa takde & bungkus beg guna rain cover. Plan nak gather pukul 10 dekat LRT Putra Gombak, since awal lagi, kitorg pun menepek pi cari tempat duduk and we found one, dekat pintu bilik mekanikal mana tah. Bersila situ. Got some issue on borang jaminan diri & permit but somehow kitorg sempat settlekan. Berlari la cari kedai boleh print and photostat dkt KL Sentral tu. Whud a lyf3.

Then kitorg pun gerak, and sampai nicely by 10 pm, we're the first one to arrive there. Banyak trip gather sana, so jd confused. Terjumpa bro aimirul Nature Hunterz dekat sana, dorg nak pi Berkelah, and got some trips lagi, tak sempat tegur. Janji melayu, after some briefing, 11.30 pm kitorang gerak from LRT Gombak & the next meeting point is dekat RTC Perak. Stop sana kejap and basically terus shoot Cameron via Simpang Pulai.







Belanja gambor lineup padu terukkkkk

Arrived at Masjid Kg Raja at approx. 5 am, then bersiap tukar baju, solat subuh, bahagi ration, and breakfast tapau before naik cameron td sbb supposedly powil ambil at 8.30 am, again, janji melayu, 11.30 am baru powil sampai, and it makes us kena divert whole plan bcs dengor cerita ada 200 org on yong belar at the same day so kemsait mmg full. Kitorg start pun dah lewat kan. After some briefing and doa, kitorg start trekking at 12.20 pm, layan Tangga 200 or sometimes ppl called it as Tangga Dam. As for me, tangga ni paling azab. But sekejap. Cane eh, dia azab teruk yang sekejap, dh ready dh mental nak layan lg, sekali depa kata tangga dh habis. Haha, after that proceed with Batang Pipe. Ni pewai lagi satu. Sakit jiwa. Layan selut. Awal awal dh jatuh that sampai lutut penuh selut. 

Eh sat ada kelaih, nanti sambung.